PI dan usaha melahirkan pegusaha roti bun
27 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 26 September 2015, bertempat di Kolej Komuniti Mas Gading Bau, PI Bogag sekali lagi telah menjalankan aktiviti keusahawanan bersama dengan PI Tanjung Bowang & PI Skio. Kursus yang dijalankan selama 5 jam ini disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia wanita dan kaum ibu dari ketiga-tiga buah PI. Para peserta diajar tentang cara menghasilkan roti bun menggunakan tepung Premix Fancy Bun yang merupakan produk Kolej Komuniti sendiri. Beberapa jenis roti bun diperkenalkan dan para peserta juga diberikan tunjuk ajar secara praktikal tentang cara penghasilan setiap roti bun. Kursus ini antara lain bertujuan untuk memberikan idea kepada peserta jenis-jenis roti bun yang boleh dijual jika mereka berminat untuk menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: